seperti biasa di pagi Ahad ,perhimpunan pelajar diadakan.Tetapi hari ini dilaksanakan dalam dewan kerana cuaca tidak mengizinkan perhimpunan di adakan di medan bendera. Dalam ucapan utama, pengetua menyentuh tentang kekuatan dan kenkangan bangsa Melayu,kemerdekaan dalam erti yang sebenarnya. Antara lain, bertujuan menaikkan semangat pelajar agar berusaha lebih gigih untuk memartabatkan diri,keluarga,bangsa dan negara. Ana agak terkejut dengan nada yang dibawa pengetua.Semangat patriotiknya agak kuat.Harapannya tinggi,sehinggakan pelajar terpegun sejenak. Tiba-tiba datang sehelai surat yang menyatakan bahawa sekumpulan pelajar bermotorsikal dari PTPL akan berkunjung ke smaszal pukul 9.00 untuk memeriahkan hari kemerdekaan dengan acara penyerahan bendera.perhimpunan dilanjutkan. Siren kenderaan polis kedengaran dari luar dewan.Bermulalah majlis tersebut. Dipengerusikan oleh Tuan Haji Sheikh Merican. Bersemangat juga. Entahlah! bersemangat kerana penerimaan bendera atau penyerahannya dilakukan oleh 2 gadis yang comel lonte. Guane Sheikh ? he he...
Satu perkara yang ana fikir ialah tentang penampilan pelajat kolej PTPL. sungguh mengejutkan dan mengecewakan . Ana rasa penampilan ini tidak wajar dibawa ke peringkat sekolah yang sekali gus menimbulkan kegelisahan dalam kalangan pelajar sekolah arab. Penampilan yang ana maksudkan ialah berkaitan dengan fesyen rambut(dikuningkan),cara berpakaian (berjeans dan ketat bagi wanita)"mencolok mata "dan pergaulan. Mereka seolah-oleh tidak peka pada persekitaran mereka.
Ana dan rakan-rakan disekolah bertukus lumus untuk mendisiplinkan pelajar yang rata-ratanya lelaki dan cuba menerapkan nilai-nilai murni baik segi pemakaian atau pergaulan. tetapi sedihnya apabila pelajar-pelajar ini belajar di kolej atau pusat pengajian tinggi mereka seolah-olah di merdeka kan oleh pentadbir kolej atau universiti. Hal ini demikian kerana pelajar ini lansung tidak dihiraukan disiplin mereka.Apa yang telah diterapkan diperingkat sekolah men. telah musnah. Pelajar ini bebas sebebasnya. Apakah ini yang diinginkan oleh negara?. Apa hala tuju pihak kolej atau universiti untuk memberi ilmu yang akan digunakan selama 20 atu 30 tahun untuk pasaran kerja tanpa menghiraukan disiplin?.. Mereka tidak membuat kesinambungan atas usaha guru-guru disekolah men. berkait dengan disiplin dan tatasusila. Tidak ditekankan...apa yang mereka ajar?. semakin kurang ajar?.Sudahkah cukup hanya diperingkat sekolah saja patut ditekankan Falsafah Pendidikan Negara. Siapa yang patut disalahkan?Wahai !!!!profesor-profesor dan ahli politik. Fikir-fikir lah.
Bila pelajar ke U mereka BEBAS...MERDEKA!!!!
Sunday, August 30, 2009
Saturday, August 29, 2009
Umi membeli belah di SABASUN
pagi tadi, pukul 10.30 am umi ajak ke SABASUN HYPERMARKET nak beli barangan dapur katanya. Ikut saje lah. Umi selalu beli kat sini kerana katanya, harga barangan lebih berpatutan berbanding Pasaraya Mydin atau Giant. entahlah...tambahan pulak Sabasun banyak boikot barangan Israel dan banyak membuat sumbangan ke pada badan-badan amal di Terengganu. Itulah yang menariknya kita beli belah di sini... he he.
Sampai je kat sini, orang punyai ramai sehingga sukar untuk dapatkan parking. Maklum sajelah gaji baru keluar....tambahan pulak bulan puasa,buat persiapan raya. Awalnya !
Lepas solat zohor ,gi baiki motor Jaguh...susah nak start (hidupkan).Kata pomen rosak pengecas bateri. Tukar barang tu. ....harga alamak RM150+servis ....melayang RM200.oo baru ok. 10 tahun pakai Jagun ni (1999) tak dak lah banyak kereneh. Bab susah nak hidup ni je yang buat hal.Pasal enjin ..masih ok. Minyak sungguh jimat. Masuk rm10.oo jenuh round. Kalau sape-sape yang ada motor Jaguh jangan jual lah rugi....pakai je lah.
ok lah jumpa lagi...
Sampai je kat sini, orang punyai ramai sehingga sukar untuk dapatkan parking. Maklum sajelah gaji baru keluar....tambahan pulak bulan puasa,buat persiapan raya. Awalnya !
Lepas solat zohor ,gi baiki motor Jaguh...susah nak start (hidupkan).Kata pomen rosak pengecas bateri. Tukar barang tu. ....harga alamak RM150+servis ....melayang RM200.oo baru ok. 10 tahun pakai Jagun ni (1999) tak dak lah banyak kereneh. Bab susah nak hidup ni je yang buat hal.Pasal enjin ..masih ok. Minyak sungguh jimat. Masuk rm10.oo jenuh round. Kalau sape-sape yang ada motor Jaguh jangan jual lah rugi....pakai je lah.
ok lah jumpa lagi...
Friday, August 28, 2009
Rupa paras Cik Gu SMA. Sultan Zainal Abidin (Ladang),KT
berbasikal petang jumaat dan hujung minggu.
petang jumaat , pergi kayuh basikal. kayuh perlahan-lahan 25 km/j. pusing bandar k.terengganu sejauh 13 km. cukup untuk berpeluh sementara menunggu waktu berbuka. kayuh dengan basikal ni.....
jom kayuh ramai-ramai. lepas bulan puasalah pulak.
Thursday, August 27, 2009
Ibadat Haji 2008

Dengan Keizinan Allah S.W.T dapat jugalah menunaikan ibadat haji tahun 2008 lalu, yang seronoknya pertamakali naik kat lapangan terbang K. Terengganu terus ke Jeddah . Terima kasih LUTH yang banyak memberi kemudahan bila berada kat sana.Gambar kat trowong muassim di Mina ,nak melontar jamrat....tengok muka Umi..penat sebab jalan kaki jauh ..kenalah bersabar ...kalau diberi peluang nak gi lagi....he he
Subscribe to:
Posts (Atom)