Saturday, August 29, 2009

Umi membeli belah di SABASUN

pagi tadi, pukul 10.30 am umi ajak ke SABASUN HYPERMARKET nak beli barangan dapur katanya. Ikut saje lah. Umi selalu beli kat sini kerana katanya, harga barangan lebih berpatutan berbanding Pasaraya Mydin atau Giant. entahlah...tambahan pulak Sabasun banyak boikot barangan Israel dan banyak membuat sumbangan ke pada badan-badan amal di Terengganu. Itulah yang menariknya kita beli belah di sini... he he.

Sampai je kat sini, orang punyai ramai sehingga sukar untuk dapatkan parking. Maklum sajelah gaji baru keluar....tambahan pulak bulan puasa,buat persiapan raya. Awalnya !

Lepas solat zohor ,gi baiki motor Jaguh...susah nak start (hidupkan).Kata pomen rosak pengecas bateri. Tukar barang tu. ....harga alamak RM150+servis ....melayang RM200.oo baru ok. 10 tahun pakai Jagun ni (1999) tak dak lah banyak kereneh. Bab susah nak hidup ni je yang buat hal.Pasal enjin ..masih ok. Minyak sungguh jimat. Masuk rm10.oo jenuh round. Kalau sape-sape yang ada motor Jaguh jangan jual lah rugi....pakai je lah.

ok lah jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment