Saturday, October 31, 2009

Jambatan Kayu Pulau Rusa



Kedudukan Kg Paloh dengan Pulau Rusa dipisahkan dengan sebuah anak sungai. Dihujung anak sungai paloh ini terletakkan sebuah tanjung. Namun , kini tanjung tersebut telah dibuat satu perusahaan kecil iaitu pernanaman kulat.

Ana nak cerita sedikit tentang jambatan kayu yang menghubungkan Paloh dengan Pulau Rusa. Jambatan kayu inilah yang merupakan jambatan yang merentangi anak sungai paloh melalui jalan bawah. Amat popular digunakan oleh penduduk setempat. Apabila musim banjir,air akan menengelami jambatan ini,akibatnya terdapat beberapa kematian khususnya kanak-kanak yang menyeberanginya dimusim banjir. Jambatan Kayu tidak tahan lama,paling lama 4-5 tahun.

Sejak bertahun-tahun jambatan ini sentiasa dibaikpulih.Proses baikpulih akan berjalan apabila hampir dengan setiap kali pilihanraya. Boleh dikatakan inilah projek.Projek JKKK (Zaman BN) memerintah. Hairannya tidak ada pun idea untuk mengubah struktur jambatan ini dengan konkrit.Mungkin juga dibiarkan struktur kayu kerana strategi untuk projek kroni apabila hampir dengan pilihanraya.

Situasi ini berubah apabila tampok peperintahan Terengganu dibawah kerajaan PAS pada pilihanraya 1999. JSR dari PAS telah merancang agar jambatan ini dibina dari konkrit. Walaupun kosnya agak tinggi,namun ianya dapat bertahan dalam jangka masa lama.Setelah 10 tahun dibina dengan konkrit jambatan ini, masih utuh dan bertahan. Mungkin untuk 20-30tahun akan datang?.

Fikir-fikirlah sendiri...

Monday, October 26, 2009

wind od change

WIND OF CHANGE Lyrics Artist: Scorpions Album: Best Music :Klaus Meine Lyrics:Klaus Meine
I follow the Moskva Down to Gorky Park .Listening to the wind of change An .
August summer night. Soldiers passing by Listening to the wind of change The world is closing in Did you ever think That we could be so close, like brothers The future's in the air I can feel it everywhere Blowing with the wind of change Take me to the magic of the moment On a glory night Where the children of tomorrow dream away in the wind of change Walking down the street Distant memories Are buried in the past forever I follow the Moskva Down to Gorky Park Listening to the wind of change Take me to the magic of the moment On a glory night Where the children of tomorrow share their dreams With you and me Take me to the magic of the moment On a glory night Where the children of tomorrow dream away in the wind of change The wind of change Blows straight into the face of time Like a stormwind that will ring the freedom bell For peace of mind Let your balalaika sing What my guitar wants to say.

Saturday, October 17, 2009

Air Oh Air (SATU)

Air menjadi keperluan harian. Zaman dulu-dulu setiap rumah atau kampung ada perigi(telaga).Orang Paloh ka;au sudah mandi sungai,mesti bilas dengan air telaga. Kini nak cari telaga pun susah. Satu hari ada orang datang ke Paloh nak cari 7 air telaga untuk perubatan. Bukan main susah nak cari. Pasal oarang sekarang pakai air paip (SATU).Cuma kalau nak mandi telaga bolehlah ke Masjid Tokku Paloh. Disana ada telaga.Air sejuk dan nyaman.

Satu perkara tentang air SATU ni. Selepas raya baru-baru ni kualiti air sangat-sangatlah buruk. Air kotor. sanggup syarikat air ni bekalkan kepada pengguna kualiti air sedemikian. Bayaran sama pulak tu. Doa tau buat gitu. Dahlah kualiti air kotor ,busuk pulak.Entah apa kesan kepada kesihatan tak tahulah.Tak bagi tahu pulak tu sebab apa?. Takkan lah mahu kaut untung yang banyak beban kepada pengguna.

Fikir-fikir lah. SATU.Peliknya orang Paloh diam saja.....he he he

Saturday, October 3, 2009

Sambutan Raya di SK Paloh

Hari ini Sek. Keb Paloh mengadakan sambutan hari raya idilfitri. Bermuka jam 9.30 pagi hingga 12.30 th. Jadi, pagi-pagi lagi anak-anak kesekolah dengan berbaju raya. Mungkin ada odjektif yang tersurat atau tersirat sambutan ini diadakan. Cuma harap-harap tidak ada unsur-unsur parti politik di serapkan kesekolah. Sebab kita kena ingat di Malaysia ini undang-undang atau peraturan yang direka untuk golongan dan puak lain. Kalau kena kepala sendiri dok apa?.Maaf le....

Esok di SMK Sultan Ahmad pula.Dengar-dengar sembelih lembu dan kambing. Cuma jangan lupa beberapa hari lagi peperiksaan PMR bermula. Harap-harap semua calon PMR bersedia.

Selamat Hari Raya dan Maju Jaya......

Friday, October 2, 2009

liku kehidupan

Petang tadi ana pergi ziarah kawan yang juda sepupu orang rumah,dia mendapat musibah dimalam raya. Namun begitu,tadi baru ana terluang masa ke rumahnya. Akibat dari kemalangan itu beliau telah mengalami kepatahan 5 tulang rusuk dan retak tulang pipi. Katanya, anak-anak beraya kat hospital tahun ini. Suasana tidak meriah.Maklumlah ketua rumah mengalami musibah.Bersabar sajalah Zul.....

Hari ini juga ana didatangi oleh seorang pemuda Pakistan. Beliau masih belajar di Universiti di Malaysia. Katanya, cuti semester dia melakukan kerja sambilan iaitu menjual barangan perhiasan untuk menampung pengajiannya. Cuti cari duit dan buat kertas kerja. Kasihan sungguh....Teringat ana kepada mahasiswa/si tempatan khususnya Melayu.Bersungguh-sungguh untuk mendapat Pinjaman PTPN.Dapat duit, joli sakan. Beli handset yang ana sendiri pun tak sanggup beli kerana harganya mahal.Mereka tak fikit duit PTPN untuk belajar. Pinjaman tu.Kena bunga.Sanggup dok mereka jadi macam mat pakistan itu?.