Friday, October 2, 2009

liku kehidupan

Petang tadi ana pergi ziarah kawan yang juda sepupu orang rumah,dia mendapat musibah dimalam raya. Namun begitu,tadi baru ana terluang masa ke rumahnya. Akibat dari kemalangan itu beliau telah mengalami kepatahan 5 tulang rusuk dan retak tulang pipi. Katanya, anak-anak beraya kat hospital tahun ini. Suasana tidak meriah.Maklumlah ketua rumah mengalami musibah.Bersabar sajalah Zul.....

Hari ini juga ana didatangi oleh seorang pemuda Pakistan. Beliau masih belajar di Universiti di Malaysia. Katanya, cuti semester dia melakukan kerja sambilan iaitu menjual barangan perhiasan untuk menampung pengajiannya. Cuti cari duit dan buat kertas kerja. Kasihan sungguh....Teringat ana kepada mahasiswa/si tempatan khususnya Melayu.Bersungguh-sungguh untuk mendapat Pinjaman PTPN.Dapat duit, joli sakan. Beli handset yang ana sendiri pun tak sanggup beli kerana harganya mahal.Mereka tak fikit duit PTPN untuk belajar. Pinjaman tu.Kena bunga.Sanggup dok mereka jadi macam mat pakistan itu?.

No comments:

Post a Comment