Saturday, October 17, 2009

Air Oh Air (SATU)

Air menjadi keperluan harian. Zaman dulu-dulu setiap rumah atau kampung ada perigi(telaga).Orang Paloh ka;au sudah mandi sungai,mesti bilas dengan air telaga. Kini nak cari telaga pun susah. Satu hari ada orang datang ke Paloh nak cari 7 air telaga untuk perubatan. Bukan main susah nak cari. Pasal oarang sekarang pakai air paip (SATU).Cuma kalau nak mandi telaga bolehlah ke Masjid Tokku Paloh. Disana ada telaga.Air sejuk dan nyaman.

Satu perkara tentang air SATU ni. Selepas raya baru-baru ni kualiti air sangat-sangatlah buruk. Air kotor. sanggup syarikat air ni bekalkan kepada pengguna kualiti air sedemikian. Bayaran sama pulak tu. Doa tau buat gitu. Dahlah kualiti air kotor ,busuk pulak.Entah apa kesan kepada kesihatan tak tahulah.Tak bagi tahu pulak tu sebab apa?. Takkan lah mahu kaut untung yang banyak beban kepada pengguna.

Fikir-fikir lah. SATU.Peliknya orang Paloh diam saja.....he he he

No comments:

Post a Comment