Pada tahun-tahun 70an dan 80an dikampong Paloh sistem pengangkutannya tidaklah sebaik kini.Penduduk mengunakan lorong jalan kaki disepanjang sungai antara Pulau Rusa ke Losong Feri.Ada juga antaranya menggunakan pengangkutan sungai terutama penduduk Pulau Sekati.Hal ini akan menyebabkan wujudnya pengkalan sungai. Nama-nama pengkalan ini diambil dari nama penghuni yang hampir kediamanya dengan pengkalan tersebut.
Pengkalan Che Embong,
pengkalan Mak Chik Mek Nga
pengkalan Cina
Pengkalan Ayah Embong
dan bayak lagi
Pengkalan-pengkalan ini selain digunakan orang Pulau Sekati,ianya juga sebagai tempat persinggahan pembawa rakit buluh (buluh digunakan pembinaan bangunan)dan tempat pemasaran ikan (peraih ).Chik Soh Buluh dan Ayah Mat merupakan orang yang popular menggunakan pengkalan ini.
Dari senarai pengkalan ini,pengkalan cina yang agak tersorok. Hal ini menyebabkan wujud cerita-cerita yang menyeramkan. antaranya cerita Hantu Jepun.Suasana pengkalan ini yang terdapat segugus pokok buluh duri menambahkan lagi ketakutan pengguna yang melalui pengkalan ini.Bunyi pokok buluh yang bergesel apabila ditiup angin lebih menyeramkan lagi.Ditambah pula ada dua ekor anjing yang akan mengejar pengguna apabila melalui pengkalan ini. Pengkalan Cina dinamakan sempena 2 keluarga Cina yang tinggal berhampiran. Cina yang bekerja sebagai pengurus kilang getah Lee Rubber. Ada juga aktiviti lain yang digunakan orang dipengkalan ini,iaitu mengisap ganja. Dulu orang hisap ganja ,namun masih hidup sampai sekarang. Tapi kini orang Paloh yang terlibat dengan dadah 4-5 tahun "pass away".
Ana suka berkawan di Kg Paloh Sekolah berbanding dengan Paloh Masjid. Rakan-rakan di Paloh Sekolah seperti Arif Che Man,Ijan ,Syed Bakar,Alias,Awi, Afi TehZaid Ngah,Zali Embong, dan ramai lagi. Sekiranya Ana hendak ke Paloh Sekolah, sudah tentu akan melalui Pengkalan Cina.Kalau waktu siang tak apalah, tetapi kalau waktu malam...eeeee remang bulu roma.Waktu malam sekiranya Ana nak membeli kat kedai Salleh atau besaing rodong(berkawan)di malam tujuh likur atau dimalam raya......
Kini pengkalan Cina sudah tidak seram lagi...pengkalan cina dijadikan tempat permulaan untuk jambatan kayu ke Pulau Sekati. Sudah tidak ada lagi Cina,Sudah tidak ada lagi orang hisap ganja,sudah tidak ada lagi anjing yang mengejar siapa sahaja. Ada sekarang jambatan kayu yang indah .memberi kemudahan kepada masyarakat setempat. Lorong jalan kaki sudah tidak ada.Sudah jadi kawasan muzium negeri.
Pengkalan cina lenyap...namanya sudah dilupai....Pokok Buluh masih ada
Masih ada lagi hantu jepun????.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment