Alhamdulillah,syukur kita kepada Allah s.w.t kerana berjaya menyempurnakan puasa pada tahun ini. Hari ini wajarlah kita menyambut Hari Raya. Hari ini diharamkan bagi kita berpuasa.Besok bolehlah kita mulai berpuasa 6 hari dibulan syawal. Telah dijanjikan kepada kita pahala setahun berpuasa. Maka rebutlah peluang ini. Rugilah kepada sesiapa yang tidak merebut cepuemas ini. Mudah-mudahan Tuhan panjangkan usia kita supaya kita dapat bertemu pula ramadhan pada tahun hadapan.
Pada tadi, sembahyang sunat hari raya telah Ana ikuti di Masjid Tokku Paloh. Khutbah telah dibaca oleh YM Syed Isyam Tuan Padang. Amat menarik dan bermakna. Beliau telah menyentuh tentang tahap ketaqwaan yang diperolehi melalui ibadat puasa yang kita lalui sebulan lalu.Mudah-mudahan kita semua dapat meningkatkan tahap ketaqwaan kepada Allah.
Macam mana kita hendak tahu tahap taqwa kita?. Satu soalan yang baik.
Menurutnya, Sewaktu menunjukkan pukul 7 petang. Waktu berbuka tinggal lagi 10 minit. Anda hanya tinggal seorang sahaja. Tiada orang lain. Adakah anda akan berbuka pada waktu itu?.Kalau anda berbuka pun bukan orang lain tahu?.Sudah tentu jawabnya tidak. Anda akan menunggu waktu berbuka tiba kerana itulah ajaran agama. Anda takutkan Allah.Inilah taqwa namanya. Oleh itu, sekiranya kita amalkan sikap dan tingkah laku kita sebegini dalam segenap perbuatan dan tingkahlaku kita,maka kita telah bertaqwa kepada Allah.
Orang tidak akan makan rasuah kerana Takutkan Allah
Orang tidak akan menipu kerana takutkan Allah
Orang tidak akan buat jahat kerana takutkan Allah
Justeru itu kita akan selamt di dunia dan di akhirat.
Mudah-mudahan kita akan jadi orang bertaqwa..
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment