Sunday, September 6, 2009

Pok De Cher


(Gambar perkhidmatan Feri Bukit Losong Sekitar 1960 an)

Seorang yang jujur ,lurus dan tidak pernah menyakiti hati orang. Masyarakat sayang padanya. Pernah wujud di Kg Paloh perwatakan orang sebegini. . Barang kali generasi muda di kg. ini tidak pernah mengenalinya atau mendengar namanya. Namun bagi Ana beliau merupakan seorang hamba Allah yang taat. Sepanjang Ana mengenalinya beliau sering mengetuk gedut dan mengalunkan azan di Masjid Tokku Paloh (Waktu tu belum ada Masjid baru) apabila tiba waktu solat.Beliau ialah Pok De Cher (Arwah).Nama sebenar Ana tidak ketahui.Isterinya bernama Mak Cik Lamoh , kuih putu yang dibuatnya sangat enak. Mereka pernah berjiran dengan keluarga Ana sekitar tahun 70 an. Usianya ramai yang tidak ketahui, ramalan penduduk ada yang mengatakan usianya mencecah 100 tahun apabila beliau meninggal dunia. Semenjak Ana kecil hingga dewasa, rupa paras De Cher ni nampaknya sama je.

Apa yang istimewanya beliau ?

Dengar ceritanya, Pok De Cher ni pernah berkhidmat dengan perkhidmatan feri di Bukit Losong. Pengangkutan feri antara bukit Losong Ke Bukit Datu. Waktu tu jambatan Manir belum ada lagi. Di musim bah (banjir) sekitar bulan Nov -Desember. Air sungai Terengganu melempah,banjir besar. Berlaku 2-3 kali semusim. Namun perkhidmatan feri terus berlaku.

Nak jadikan cerita, Pok De Cher terjun kedalam sungai kerana ingin menyelamatkan bagasi penumpang yang jatuh kedalam sungai. Sikap tangungjawab dan kejujuran yang ada dalam dirinya tanpa memikirkan keselamatan nyawa. Hal tu sudah diketahui ramai. Ramai yang beranggapan beliau sudah mati ketika itu. Selepas 3 hari mayatnya masih belum ditemui. Ada beranggapan sudah dihanyutkan ke laut. Tiba-tiba........

Masuk hari ke 4. beliau merangkak naik ketebing sungai dan ramai orang memerhatikan peristiwa itu. Maklumlah banyak warong dibina sepanjang tebing sungai ni, waktu tu. Ramai tercengang,kagum,terkejut kemudian bunyi teriakan ...."Pok De masih hidup"....berulangkali.
Setelah beberapa lama,keadaan reda,sereda redanya....soalan diaju kepadanya. Pok De gi duane?. Jawabnya, Pok De jalang-jalang dalang sungai. Satu jawaban yang asing bagi orang ramai. Mana boleh 3 hari tinggal didasar sungai,boleh hidup?mustahil. Ini mungkin kerja Tuhan ,kata ramai orang.... Ada yang mengatakan. Pok De ni Keramat. entahlah.....dia pun dok cakap banyak. Maka dok banyaklah cerita di dasar sungai diberitahu. Pok De saje yang tahu...

wallahualam......Al-Fatihah untuk Pok De Cher.

No comments:

Post a Comment