Sekiranya ada petempatan kampung atau beberapa kampung sudah tentu akan dibina sebuah masjid. Hal ini bersesuaian dengan sunnah rasulullah s.a.w. Namun begitu terdapat sedikit kelainan di Kg. Paloh ini. Bukan apa, di kampung ini bukan sebuah masjid malahan ada dua buah masjid. Satunya diberi nama Masjid Jamek (dikenali juga sebagai masjid Baru),satu laginya dikenali sebagai Masjid Tokku (Masjid Lama). Kedua-dua ini juga dilaksanakan sembahyang jumaat. Ana pun kurang faham berkaitan dengan hukum dua masjid dalam satu mukim ni,ustaz dan tok iman pun tidak banyak mengulas tentang ini.Jarak antara dua masjid ini hanya 500 m sahaja.
Kedua-duanya Ana pergi mengerjakan sembahyang.Hal ini kerana,Ana membuat pilihan berdasarkan suara azan yang kedengaran.Kadang-kadang kedua-duanya mengumandang suara azan. Kalau begitu Ana akan memilih masjid lamalah sebab ana rasa kelainan dan keserasian berbanding masjid baru. Maklum sajalah nostalgia zaman kanak-kanak rasanya. Ada juga pemilihan jemaah ke masjid ini berdasarkan fahaman politik. Suara-suara kedengaran mengatakan Masjid Baru (UMNO),manakala Masjid Lama (PAS). Mungkin betul juga suara-suara itu.
Cerita berkaitan dua masjid ini macam ni. Dahulu (25 tahun dulu) petempatan berhampiran Masjid ini telah diubah guna tanahnya. Kg Paloh Masjid dan Kilang Getah Lee Rubber telah diambil alih oleh kerajaan negeri waktu itu untuk perancangan pembinaan Komplek Muzium Negeri yang baru. Pengambilan tanahnya termasuklah Masjid Lama.Hal ini menyebabkan berlaku Demonstrasi dan Bantahan kerana masyarakat beranggapan masjid tidak boleh dirobohkan sewenang-wenangnya.Tambahan pula Masjid ini telah dibina oleh Tokku Paloh iaitu salah seorang ulamak disegani di Terengganu.Bantah punya bantah ,akhirnya pihak kerajaan yang diketuai oleh YB Ab.Rashid Ngah ketika itu telah bersetuju untuk berbincang. Perbincangan antara TB dengan Masyarakat paloh diketuai oleh YM. Syed Omar telah bersetuju untuk menyenaraikan Masjid Tokku ini supaya dijadikan khazanah sejarah . Maka tak jadilah dirobohkan.
Guane cerita pulak masjid baru? Di Kg Paloh ketika itu ada satu golongan boleh katakan pro kerajaanlah. Apa saja pihak kerajaan kata, ikut saja.Berhaluan kanan ke kiri ,ana dok tahulah.Yang pastinya JKKK UMNO lah.Bila saja ura-ura masjid lama nak dirobohkan,mereka mengambil kesempatan (memang tabiat puak-puak ni)untuk memohon masjid baru. Apa lagi JHEAT pun luluslah. Pembinaannya agak singkat sebab (teknik pasang siap)dok caya gi tengok.Banyak mana kontrak rembat dok tahulah. Bila siap timbul pulak masalah untuk nak buat sembahyang jumaat. Golongan ni pun pergilah "cucuk" orang kat JHEAT ,akhirnya luluslah Masjid baru sebagai tempat jemaah jumaat,manakala masjid lama dok boleh diadakan jemaah jumaat. Kelam-kabut pulak.
Dengan kuasa Allah s.w.t pada 1999 PAS telah mengambil alih kerajaan negeri. Masyarakat masjid lama buat permohonan untuk jemaah jumaat masjid lama kepada JHEAT. Keputusannya LULUS. sebab kelulusan dibawah Sultan,waktu tu, YM Syed Omar sebagai pemangku sultan.ingat dok peranan YM Syed Omar dalam mempertahankan Masjid Lama?.
Begitulah kira-kiranya. Ana suka gi Masjid Lama (Masjid Tok Ku)....Fikir-fikirlah
bagi saya penduduk kampung paloh, Masjid baru terletak di Taman Seri Paloh, kawasan perumahan baru yang dibina dan kebanyakannya penduduknya bukan berasal dari kampung Paloh sebenar.
ReplyDeleteBagi Masjid lama pula, ia terletak di Kg Paloh Sheikh Zain, atau Kg Paloh Muzium, masjid lama mempunyai kawasan terhad dan ia sukar untuk dibesarkan lebih2 lagi dikelilingi pagar2 muzium terengganu yang luas.
Bagaimanapun, memang nampak dengan jelas, Masjid baru (umno) masjid lama (pas)