Thursday, September 24, 2009

Pengkalan Cina

Pada tahun-tahun 70an dan 80an dikampong Paloh sistem pengangkutannya tidaklah sebaik kini.Penduduk mengunakan lorong jalan kaki disepanjang sungai antara Pulau Rusa ke Losong Feri.Ada juga antaranya menggunakan pengangkutan sungai terutama penduduk Pulau Sekati.Hal ini akan menyebabkan wujudnya pengkalan sungai. Nama-nama pengkalan ini diambil dari nama penghuni yang hampir kediamanya dengan pengkalan tersebut.

Pengkalan Che Embong,
pengkalan Mak Chik Mek Nga
pengkalan Cina
Pengkalan Ayah Embong
dan bayak lagi

Pengkalan-pengkalan ini selain digunakan orang Pulau Sekati,ianya juga sebagai tempat persinggahan pembawa rakit buluh (buluh digunakan pembinaan bangunan)dan tempat pemasaran ikan (peraih ).Chik Soh Buluh dan Ayah Mat merupakan orang yang popular menggunakan pengkalan ini.

Dari senarai pengkalan ini,pengkalan cina yang agak tersorok. Hal ini menyebabkan wujud cerita-cerita yang menyeramkan. antaranya cerita Hantu Jepun.Suasana pengkalan ini yang terdapat segugus pokok buluh duri menambahkan lagi ketakutan pengguna yang melalui pengkalan ini.Bunyi pokok buluh yang bergesel apabila ditiup angin lebih menyeramkan lagi.Ditambah pula ada dua ekor anjing yang akan mengejar pengguna apabila melalui pengkalan ini. Pengkalan Cina dinamakan sempena 2 keluarga Cina yang tinggal berhampiran. Cina yang bekerja sebagai pengurus kilang getah Lee Rubber. Ada juga aktiviti lain yang digunakan orang dipengkalan ini,iaitu mengisap ganja. Dulu orang hisap ganja ,namun masih hidup sampai sekarang. Tapi kini orang Paloh yang terlibat dengan dadah 4-5 tahun "pass away".

Ana suka berkawan di Kg Paloh Sekolah berbanding dengan Paloh Masjid. Rakan-rakan di Paloh Sekolah seperti Arif Che Man,Ijan ,Syed Bakar,Alias,Awi, Afi TehZaid Ngah,Zali Embong, dan ramai lagi. Sekiranya Ana hendak ke Paloh Sekolah, sudah tentu akan melalui Pengkalan Cina.Kalau waktu siang tak apalah, tetapi kalau waktu malam...eeeee remang bulu roma.Waktu malam sekiranya Ana nak membeli kat kedai Salleh atau besaing rodong(berkawan)di malam tujuh likur atau dimalam raya......

Kini pengkalan Cina sudah tidak seram lagi...pengkalan cina dijadikan tempat permulaan untuk jambatan kayu ke Pulau Sekati. Sudah tidak ada lagi Cina,Sudah tidak ada lagi orang hisap ganja,sudah tidak ada lagi anjing yang mengejar siapa sahaja. Ada sekarang jambatan kayu yang indah .memberi kemudahan kepada masyarakat setempat. Lorong jalan kaki sudah tidak ada.Sudah jadi kawasan muzium negeri.

Pengkalan cina lenyap...namanya sudah dilupai....Pokok Buluh masih ada

Masih ada lagi hantu jepun????.

Jangan Tegur !.

Sewaktu Ana dan rakan-rakan seangkatan berada dalam usia remaja sudah tentu kenakalan tidak dapat dielakkan. Perbuatan berjinak-jinak dengan rokok, mencuri buah-buahan (dalam kebun Ayah Wan Porong),Dalam kebun Tuan Bajah (Ibu Tuan Kemala),bermain basikal sc rambler(fork basikal dipanjangkan)dan sebagainya. Namun kenakalan itu kami lakukan secara tersorok tanpa diketahui masyarakat sekeliling.Hanya geng sahaja yang tahu. Sekiranya perbuatan nakal kita diketahui oleh orang yang lebih tua dalam masyarakat,sudah tentu mereka akan menegur dan mengugut untuk melaporkan kepada ibubapa kita. Akibatnya,rotanlah yang akan diupahnya. Kami takut dan kami menghormati masyarakat.

Kini golongan remaja zaman serba canggih sudah tidak takutkan orang yang lebih dewasa.Kenakalan remaja dilakukan secara terang-terangan.Merokok sudah tidak hairan lagi,memandu secara berbahaya "willy",mengejek-gejek orang yang lebih tua dan sebagainya.Kalau ditegur.tindakbalasnya sungguh diluar jangkaan. Salah hari bulan kita akan dicerca,dimusnahkan harta benda, malah ada yang kena pukul secara berkumpulan. Jika perbuatan tersebut dilaporkan kepada orang tua mereka,kita pula yang disalahkannya. Akhirnya, remaja kini lebih berani dan "naik tocang". Mereka tak boleh ditegur.Masyarakat hanya memandang dan menyuarakan rasa tidak puas hati dalam hati masing-masing. Masyarakat hilang tangungjawab sosial.

Salah siapa?

Wednesday, September 23, 2009

Antara Suasana Raya dengan Majlis Perkahwinan

Suasana Hari Raya masih terasa. Kunjung mengunjungi terus dilakukan. Namun begitu ada juga antara kita mengambil kesempatan cuti raya ini untuk melaksanakan majlis perkahwinan atau pertunangan. Hal ini mungkin suasana dan ketika ini sahaja peluang sanak saudara berkumpul. Inilah sahaja peluang terbaik. Hari baik,bulan baik.

di Kampung Paloh ini, Majlis Perkahwinan turut dilaksanakan. Ana telah menerima lebih 10 jemputan. Rumah Kak Esah depan Sekolah,Rumah Imi Kartun (Kak Izah Muda) dan banyak lagi. Pada hari Sabtu ini (26,9,09) sahaja 6 jemputan. Nak gi kat mana pun dok tahu. Nak habiskan memang dok habis. Satu cara ialah pembahagian tugas. Isteri kat sana, Ana kat sini. bergantung siapa yang kenal Ana atau isteri. Kalau dok gi dok kena. kena gi jugak lah.

Seorang kawan lama, Azizan Jusoh (Ijan) telah berkunjung kat rumah Ana. Lama doh dok balik kampung ni. Banyak perubahan yang dia sendiri dok sedor.Ana pun bawalah ronda-ronda kat Losong Feri,Taman Tamaddun Islam dan Pulau Sekati. Katanya bertuah Ana dok kampung ni.Bagi Ana Kampung ini suasana persekitarannya sangat baik kerana ada Bukit,ada Sungai, ada Hutan , ada Muzium negeri dan ada TTI. Nak apa lagi?.

Orang kata kat kita molek,kita kata kat orang molek.

Memang dasar manusia sentiasa dok puas hati.....

Monday, September 21, 2009

wak hasil balik asal

Dalam bulan puasa yang lalu,sama ada di Masjid Tokku Paloh Atau Masjid Jamek Paloh,Ana dapati kedatangan makmun berjemaah sangat ramai terutama minggu pertama puasa. Berlaku kemajuan dalam diri dan masyarakat terhadap ibadah. Saban hari belaku kemajuan makmun sehinggalah minggu terakhir puasa.Maju kehadapan,maksudnya makmun "maju"kerana sekiranya awal ramadhan terdiri 1o baris makmun,tetapi diakhir ramadhan hanya tinggal 1 baris sahaja. Inilah maju namnya.maju kehadapan!!!

Sudah dua hari kita berhari raya. Jemaah di Masjid semakin maju..sehingga iman sendiri pun tidak kelihatan terutama waktu maghrib.

Tabiat lama sebelum puasa,kembali lagi. Suasana masjid kembali asal.
Apa sudah jadi dengan ketaqwaan kita kepada Allah?.

Seperkara lagi Ana ingin ingatkan diri dan juga anda ,suasana raya ini menyebabkan kita terlepas pandang tentang aurat.Jagalah aurat terutama apabila berkumpul dalam keluarga.Ipar dan sepupu kadang-kadang kita mengambil ringan tentang aurat,terutama wanita.Tidur diruang tamu tidak salah, tetapi pandai-pandailah ....

menjaganya......

Sunday, September 20, 2009

taqwa

Alhamdulillah,syukur kita kepada Allah s.w.t kerana berjaya menyempurnakan puasa pada tahun ini. Hari ini wajarlah kita menyambut Hari Raya. Hari ini diharamkan bagi kita berpuasa.Besok bolehlah kita mulai berpuasa 6 hari dibulan syawal. Telah dijanjikan kepada kita pahala setahun berpuasa. Maka rebutlah peluang ini. Rugilah kepada sesiapa yang tidak merebut cepuemas ini. Mudah-mudahan Tuhan panjangkan usia kita supaya kita dapat bertemu pula ramadhan pada tahun hadapan.

Pada tadi, sembahyang sunat hari raya telah Ana ikuti di Masjid Tokku Paloh. Khutbah telah dibaca oleh YM Syed Isyam Tuan Padang. Amat menarik dan bermakna. Beliau telah menyentuh tentang tahap ketaqwaan yang diperolehi melalui ibadat puasa yang kita lalui sebulan lalu.Mudah-mudahan kita semua dapat meningkatkan tahap ketaqwaan kepada Allah.

Macam mana kita hendak tahu tahap taqwa kita?. Satu soalan yang baik.

Menurutnya, Sewaktu menunjukkan pukul 7 petang. Waktu berbuka tinggal lagi 10 minit. Anda hanya tinggal seorang sahaja. Tiada orang lain. Adakah anda akan berbuka pada waktu itu?.Kalau anda berbuka pun bukan orang lain tahu?.Sudah tentu jawabnya tidak. Anda akan menunggu waktu berbuka tiba kerana itulah ajaran agama. Anda takutkan Allah.Inilah taqwa namanya. Oleh itu, sekiranya kita amalkan sikap dan tingkah laku kita sebegini dalam segenap perbuatan dan tingkahlaku kita,maka kita telah bertaqwa kepada Allah.

Orang tidak akan makan rasuah kerana Takutkan Allah
Orang tidak akan menipu kerana takutkan Allah
Orang tidak akan buat jahat kerana takutkan Allah

Justeru itu kita akan selamt di dunia dan di akhirat.

Mudah-mudahan kita akan jadi orang bertaqwa..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN.

Tuesday, September 15, 2009

saman oh saman !

Kita sukar menerima hakikat kesalahan yang kita dilakukan. Tambahan pula kesalahan itu akibat kelalaian kita samada sengaja atau tidak. Hal inilah yang berlaku pada sesiapa sahaja yang di saman polis trafik. Pagi tadi Ana telah ke Balai Polis Kuala Terengganu untuk melangsaikan saman. Ramai juga yang kena saman. Pelbagai kesalahan yang dilakukan menyebabkan kena saman. Timbullah perasaan dan emosi tidak pusahati kerana disaman. Hakikatnya pihak polis trafik tidak akan menyaman sekiranya kita tidak melakukan kesalahan, khususnya kesalahan lalulintas.

Kesalahan Ana yang tidak memakai tali pinggang kelidar perlu di ambil pengiktibaran. Ana lalai dan lali kerana tidak mematuhi peraturan tersebut. Akibat dari kena saman, Ana kini lebih berhati-hati. Terima kasih pada pihak polis trafik yang menyaman Ana. Ana percaya peraturan tersebut bukan menyusahkan kita tetapi demi menjaga keselamatan diri dan orang lain.

Namun ada kalangan kita yang mengatakan "bodoh polis"kerana menyaman mereka. Adakah polis yang bodoh atau kita yang tak reti bahasa?. Ana selalu perhatikan sejak akhir-akhir ini ,kesalahan melanggar peraturan lampu isyarat telah sebati dalam diri pengguna jalan raya di Kuala Terengganu.Kalau dulu,hanya melibatkan penunggang motorsikal sahaja,tetapi kini pemandu kereta pun berbuat demikian. Bukan sahaja orang muda,tapi yang sedihnya Tok Aji jugak tidak mematuhi peraturan tersebut. Guane ni???. Ana kira ,patutlah kalau pihak polis tidak mengurangkan kompaun untuk kesalahan ini.

Seperkara lagi ialah pemakaian topi kelidar. Banyak kalangan kita,khususnya dipinggir bandar tidak mematuhi peraturan ini. Hal ini boleh kita perhatikan pada waktu pagi apabila ramai antara kita yang mengantar anak ke sekolah. Mereka seolah-olah tidak menghiraukan keselamatan anak dan diri mereka sendiri. Mengajar anak melanggar peraturan?.

Ana pun belum membayar lagi satu saman. Saman ekor.......he he he.

Thursday, September 10, 2009

Sembahyang Taraweh

Waktu dulu, masa kecik-kecik la katakan, Bapak selalu bawa Ana sembahyang kat surau Bukit Losong. Dibulan puasa kami sembahyang taraweh kat sini lah. Sebab itulah keluarga kami sangat rapat dengan masyarakat Bukit Losong.Menariknya sembahyang disini,sebab surau ini bertentangan dengan Masjid Pulau Sekati. Nak jadikan cerita, tatkala berselawat, apabila selesai rakaat dalam taraweh,bilal akan berselawat.kanak-kanak akan menyahut selawat tersebut dengan suara nyaring. Agak meriah. Perlawanan suara nyaring antara kanak-kanak di Masjid Pulau Sekati dengan Surau Bukit Losong menambahkan kemeriahan ramadhan. Seperti ada pertandingan suara puak mana yang paling nyaring berselawat.

Namun kini, apabila kita perhatikan sembahyang taraweh seolah-olah tidak ada kemeriahan.Hal ini kerana,jika kita amati sahutan selawat taraweh dari makmun seolah-olah tengelam.Ada kalangan kita malas hendak menyahut selawat tersebut. Jadilah bilal yang berselawat,bilal jugalah yang menyahut selawat (kuat sebab guna microphone)

Ana sakit tekak,sebab buka puasa minum ABC!!!

Sunday, September 6, 2009

Pok De Cher


(Gambar perkhidmatan Feri Bukit Losong Sekitar 1960 an)

Seorang yang jujur ,lurus dan tidak pernah menyakiti hati orang. Masyarakat sayang padanya. Pernah wujud di Kg Paloh perwatakan orang sebegini. . Barang kali generasi muda di kg. ini tidak pernah mengenalinya atau mendengar namanya. Namun bagi Ana beliau merupakan seorang hamba Allah yang taat. Sepanjang Ana mengenalinya beliau sering mengetuk gedut dan mengalunkan azan di Masjid Tokku Paloh (Waktu tu belum ada Masjid baru) apabila tiba waktu solat.Beliau ialah Pok De Cher (Arwah).Nama sebenar Ana tidak ketahui.Isterinya bernama Mak Cik Lamoh , kuih putu yang dibuatnya sangat enak. Mereka pernah berjiran dengan keluarga Ana sekitar tahun 70 an. Usianya ramai yang tidak ketahui, ramalan penduduk ada yang mengatakan usianya mencecah 100 tahun apabila beliau meninggal dunia. Semenjak Ana kecil hingga dewasa, rupa paras De Cher ni nampaknya sama je.

Apa yang istimewanya beliau ?

Dengar ceritanya, Pok De Cher ni pernah berkhidmat dengan perkhidmatan feri di Bukit Losong. Pengangkutan feri antara bukit Losong Ke Bukit Datu. Waktu tu jambatan Manir belum ada lagi. Di musim bah (banjir) sekitar bulan Nov -Desember. Air sungai Terengganu melempah,banjir besar. Berlaku 2-3 kali semusim. Namun perkhidmatan feri terus berlaku.

Nak jadikan cerita, Pok De Cher terjun kedalam sungai kerana ingin menyelamatkan bagasi penumpang yang jatuh kedalam sungai. Sikap tangungjawab dan kejujuran yang ada dalam dirinya tanpa memikirkan keselamatan nyawa. Hal tu sudah diketahui ramai. Ramai yang beranggapan beliau sudah mati ketika itu. Selepas 3 hari mayatnya masih belum ditemui. Ada beranggapan sudah dihanyutkan ke laut. Tiba-tiba........

Masuk hari ke 4. beliau merangkak naik ketebing sungai dan ramai orang memerhatikan peristiwa itu. Maklumlah banyak warong dibina sepanjang tebing sungai ni, waktu tu. Ramai tercengang,kagum,terkejut kemudian bunyi teriakan ...."Pok De masih hidup"....berulangkali.
Setelah beberapa lama,keadaan reda,sereda redanya....soalan diaju kepadanya. Pok De gi duane?. Jawabnya, Pok De jalang-jalang dalang sungai. Satu jawaban yang asing bagi orang ramai. Mana boleh 3 hari tinggal didasar sungai,boleh hidup?mustahil. Ini mungkin kerja Tuhan ,kata ramai orang.... Ada yang mengatakan. Pok De ni Keramat. entahlah.....dia pun dok cakap banyak. Maka dok banyaklah cerita di dasar sungai diberitahu. Pok De saje yang tahu...

wallahualam......Al-Fatihah untuk Pok De Cher.

Friday, September 4, 2009

Asal Usul Kg. Paloh Makam Tokku


Nama penuh Tok Ku Paloh ialah Engku Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Zainal Abidin al-Aidrus. Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus juga mempunyai beberapa nama gelaran, yang paling popular ialah Tok Ku Paloh. Gelaran lain ialah Engku Sayyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik dan Syaikh al-Islam Terengganu. Tok Ku Paloj juga pernah menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan sekali gus merupakan penasihat sultan pada zaman Sultan Zainal Abidin III.
Ayahanda Tok Ku Paloh pula adalah Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin Hussain bin Mustafa al-Aidarus yang juga lebih dikenali sebagai Tok Ku Tuan Besar Syaikh al-Ulama Paduka Indera pada zaman pemerintahan Baginda Omar. Tok Ku Paloh merupakan anak kedua daripada perkahwinan Tok Ku Tuan Besar dengan isteri pertamanya iaitu Hajjah Aminah. Tok Ku Paloh mempunyai beberapa orang adik-beradik. Ada yang seibu sebapa dan ada juga yang berlainan ibu. Adik-beradik kandung Tok Ku Paloh ialah Sayyid Zain al-Aidrus yang digelar dengan Engku Sayyid Seri Perdana, Sayyid Ahmad al-Aidrus digelar Tuan Ngah Seberang Baroh, Sayyid Mustafa al-Aidrus yang digelar Tuan Dalam dan Sayyid Hassan yang dikenali Tuan Senik Parit. Adik-beradiknya selain yang disebut itu ialah Sayyid Abu Bakar atau digelar dengan nama Tuan Embong Solok atau Tuan Kecik, Sayyid Abdul Kadir yang dikenali sebagai Engku Sayyid Syaikh Aishadat dan Sayyid Hussain juga digelar Tuan Muda Wakaf. Manakala adik beradik perempuannya pula terdiri daripada Tuan Nik, Tuan Hitam, Tuan Senik, Tuan Puteh, Tuan Mariam, Tuan Saripah dan Tuan Wook.

Tok Ku Paloh dilahirkan kira-kira pada tahun 1236H/1817M di Cabang Tiga iaitu berhampiran dengan kawasan Masjid Tok Ku di Cabang Tiga. Beliau hidup dalam zaman pemerintahan lapan orang Sultan silih berganti dan beliau juga mempunyai pengaruh yang kuat semasa zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Oleh kerana Sayyid Abdur Rahman al-Aidrus atau Tok Ku Paloh berasal daripada keturunan ‘Sayyid’, maka sudah menjadi satu tradisi keturunan itu lebih mengutamakan usaha mempelajari ilmu-ilmu daripada orang yang terdekat dengan mereka. Ayah beliau, Sayyid Muhammad al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar, pula merupakan seorang ulama besar yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam urusan hal ehwal Islam di negeri Terengganu.

Sehubungan itu, Sayyid Abdur Rahman al-Aidrus telah belajar pelbagai bidang ilmu daripada orang tuanya sendiri. Hampir semua orang yang menjadi ulama di Terengganu pada zaman itu memperoleh ilmu melalui jalur daripada ulama-ulama yang berasal dari Patani. Sayyid Abdur Rahman al-Aidrus, selain belajar daripada ayahnya, juga berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani atau Tok Syeikh Duyung. Manakala Tok Ku Tuan Besar dan Tok Syeikh Duyung bersahabat baik dan sama-sama belajar daripada Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani di Bukit Bayas, Terengganu semasa zaman remaja mereka.
Tok Syaikh Duyong amat menyayangi Tok Ku paloh kerana anak muridnya itu amat taat, alim, warak dan mempunyai ciri-ciri ketokohan dalam bidang keagamaan dan memiliki karamah. Selepas itu, Tok Ku Paloh melanjutkan pelajarannya di Makkah. Di sana beliau bersahabat dengan Syaikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahman al-Fathani, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani yang juga merupakan anak kelahiran Sungai Duyung Kecil, Terengganu dan ramai lagi. Antara orang yang menjadi guru mereka di Makkah ialah Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan Syaikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.
Tok Ku Paloh sangat arif tentang ilmu tasawuf dan tarekat. Dalam hal ini, beliau telah mengarang kitab dan risalah mengenai persoalan kerohanian. Setelah berada di Makkah selama 10 tahun, Tok Ku Paloh pulang sebagai seorang tokoh ulama besar, seorang yang amat warak dan juga terkenal sebagai pemimpin kerohanian yang mengembangkan tarekat Naqsyabandiyyah.
Setelah pulang dari Makkah, Tok Ku Paloh telah memulakan pengajarannya di masjid peninggalan ayahnya di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ini merupakan langkah awal beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat sebelum melangkah kepada kegiatan yang lebih mencabar, bukan sahaja dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan, malah berjihad menentang kemungkaran dan penjajahan British.
Selepas itu, Tok Ku Paloh telah berpindah ke Kampung Paloh dan terus memusatkan aktivitinya di sana sehingga Kampung Paloh didatangi orang daripada pelbagai jurusan, bukan saja dari sekitar Kuala Terengganu, tetapi juga dari Kelantan, Pahang dan Patani. Di Paloh, beliau telah meluaskan lagi pengajarannya dan mula dikenali sebagai Tok Ku Paloh setelah dikurniakan kawasan Paloh oleh Sultan Zainal Abidin III.
Tok Ku Paloh mengajar ilmu agamanya di sebuah surau berhampiran rumahnya yang akhirnya dikenali sebagai “Surau Tok Ku”. Semenjak itu, Kampung Paloh menjadi tumpuan ramai dan kebanyakan murid-muridnya terdiri daripada penduduk kampong di sekitarnya, malah ia menjadi masyhur ke seluruh Nusantara. Di antara anak murid Tok Ku Paloh ialah Sultan Zainal Abidin III, Haji Abdur Rahman Limbung, Tuan Haji Muhammad Shafei Losong, Sayyid Saggaf bin Sayyid Abdul Rahman (Engku Kelana), Haji Dollah Langkawi, Haji Muhammad Syam Pahang, Sayyid Abu Bakar (Tuan Embong) dan Sayyid Akil (Tuan Pengeran Engku Seri Bijaya Sura).
Tok Ku Paloh ialah seorang ulama yang mempunyai darah kepahlawanan yang tulen dan beliau tidak takut menanggung risiko tinggi dalam perjuangan demi mempertahankan Islam dan bangsa Melayu. Beliau melindungi pejuang-pejuang Islam dan Melayu yang bermusuh dengan penjajah Inggeris pada zaman itu. Semangat jihadnya sungguh indah, menarik dan ada hembusan segar seperti yang diriwayatkan oleh Muhammad Abu Bakar:
“Dalam Perang Pahang, penentang-penentang British yang dipimpin oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami tekanan daripada kerajaan. Pada Mei 1894, mereka menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka, tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh mereka di Pahang. Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad. Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh, serta penambahan kekuatan, pasukan pahlawan menjadi lebih besar dan tersusun.”
Tok Ku Paloh sangat berpengaruh terhadap murid dan saudara ipar beliau iaitu Sultan Zainal Abidin III. Beberapa pandangan dan nasihat Tok Ku Paloh kepada Sultan Zainal Abidin III tentang pentadbiran kerajaan banyak persamaan dengan surat-surat dan puisi Syeikh Ahmad al-Fathani kepada SultanTerengganu itu. Semasa Tok Ku Paloh dan Sultan Zainal Abidin III masih hidup, Inggeris tidak berhasil mencampuri pentadbiran negeri Terengganu.
Tok Ku Paloh wafat pada bulan 1 hb Zulhijjah 1336 H/ 7 hb September 1918 M dan dimakamkan di tanah perkuburan “Makam Tok Ku Paloh” yang terletak berhampiran dengan rumahnya dan suraunya.Pemergian beliau bukan sahaja dirasai oleh penduduk Kampung Paloh, malah turut dikongsi oleh seluruh penduduk negeri Terengganu. Ketokohan beliau amat sukar dicari ganti dan belum juga ditemui setakat ini iaitu setelah hampir satu abad pemergiannya. Sesudah itu, tepat pada 24 Mei 1919 M barulah Inggeris dapat mencampuri kerajaan Terengganu.
Sebagai ulama yang aktif, Tok Ku Paloh tidak ketinggalan menghasilkan beberapa buah kitab. Di antaranya, kitab Dhiya’ ‘Uqud ad-Durratain dan kitab yang diberi judul Ma’arij al-Lahfan yang bermaksud tangga orang yang sangat dahaga untuk naik kepada hakikat-hakikat pengenalan. Ia merupakan sebuah kitab yang mengandungi intisari ilmu tasawuf dan tarekat.
Begitulah perjuangan Tok Ku Paloh yang begitu gigih menegakkan kalimah Allah di bumi Terengganu Darul Iman dalam pelbagai bidang kehidupan ummah sebagai seorang ulama, pentadbir, penasihat dan juga seorang pejuang yang berani untuk agama, bangsa dan negara.

oleh :Dr. Engku Ahmad Zaki

Thursday, September 3, 2009

Masjid Paloh




Sekiranya ada petempatan kampung atau beberapa kampung sudah tentu akan dibina sebuah masjid. Hal ini bersesuaian dengan sunnah rasulullah s.a.w. Namun begitu terdapat sedikit kelainan di Kg. Paloh ini. Bukan apa, di kampung ini bukan sebuah masjid malahan ada dua buah masjid. Satunya diberi nama Masjid Jamek (dikenali juga sebagai masjid Baru),satu laginya dikenali sebagai Masjid Tokku (Masjid Lama). Kedua-dua ini juga dilaksanakan sembahyang jumaat. Ana pun kurang faham berkaitan dengan hukum dua masjid dalam satu mukim ni,ustaz dan tok iman pun tidak banyak mengulas tentang ini.Jarak antara dua masjid ini hanya 500 m sahaja.

Kedua-duanya Ana pergi mengerjakan sembahyang.Hal ini kerana,Ana membuat pilihan berdasarkan suara azan yang kedengaran.Kadang-kadang kedua-duanya mengumandang suara azan. Kalau begitu Ana akan memilih masjid lamalah sebab ana rasa kelainan dan keserasian berbanding masjid baru. Maklum sajalah nostalgia zaman kanak-kanak rasanya. Ada juga pemilihan jemaah ke masjid ini berdasarkan fahaman politik. Suara-suara kedengaran mengatakan Masjid Baru (UMNO),manakala Masjid Lama (PAS). Mungkin betul juga suara-suara itu.

Cerita berkaitan dua masjid ini macam ni. Dahulu (25 tahun dulu) petempatan berhampiran Masjid ini telah diubah guna tanahnya. Kg Paloh Masjid dan Kilang Getah Lee Rubber telah diambil alih oleh kerajaan negeri waktu itu untuk perancangan pembinaan Komplek Muzium Negeri yang baru. Pengambilan tanahnya termasuklah Masjid Lama.Hal ini menyebabkan berlaku Demonstrasi dan Bantahan kerana masyarakat beranggapan masjid tidak boleh dirobohkan sewenang-wenangnya.Tambahan pula Masjid ini telah dibina oleh Tokku Paloh iaitu salah seorang ulamak disegani di Terengganu.Bantah punya bantah ,akhirnya pihak kerajaan yang diketuai oleh YB Ab.Rashid Ngah ketika itu telah bersetuju untuk berbincang. Perbincangan antara TB dengan Masyarakat paloh diketuai oleh YM. Syed Omar telah bersetuju untuk menyenaraikan Masjid Tokku ini supaya dijadikan khazanah sejarah . Maka tak jadilah dirobohkan.
Guane cerita pulak masjid baru? Di Kg Paloh ketika itu ada satu golongan boleh katakan pro kerajaanlah. Apa saja pihak kerajaan kata, ikut saja.Berhaluan kanan ke kiri ,ana dok tahulah.Yang pastinya JKKK UMNO lah.Bila saja ura-ura masjid lama nak dirobohkan,mereka mengambil kesempatan (memang tabiat puak-puak ni)untuk memohon masjid baru. Apa lagi JHEAT pun luluslah. Pembinaannya agak singkat sebab (teknik pasang siap)dok caya gi tengok.Banyak mana kontrak rembat dok tahulah. Bila siap timbul pulak masalah untuk nak buat sembahyang jumaat. Golongan ni pun pergilah "cucuk" orang kat JHEAT ,akhirnya luluslah Masjid baru sebagai tempat jemaah jumaat,manakala masjid lama dok boleh diadakan jemaah jumaat. Kelam-kabut pulak.
Dengan kuasa Allah s.w.t pada 1999 PAS telah mengambil alih kerajaan negeri. Masyarakat masjid lama buat permohonan untuk jemaah jumaat masjid lama kepada JHEAT. Keputusannya LULUS. sebab kelulusan dibawah Sultan,waktu tu, YM Syed Omar sebagai pemangku sultan.ingat dok peranan YM Syed Omar dalam mempertahankan Masjid Lama?.

Begitulah kira-kiranya. Ana suka gi Masjid Lama (Masjid Tok Ku)....Fikir-fikirlah

Wednesday, September 2, 2009

Peperiksaan Percubaan SPM dan PMR

Peperiksaan percubaan PMR dan SPM telah bermula 1.9.2009. Diucapkan selamat maju jaya .Sabar menghadapi peperiksaan ini dalam bulan Ramadhan. Keberkatan ramadhan diharapkan dapat memberi inspirasi terhadap pelajar kearah kecemerlangan akademik.

SMASZAL juga telah mendapat khidmat seorang kaunselor baru. Belaiu berpindah dari SMK Seri Nilam Ke SMASZAL. Harapan kita dengan kedatangan beliau dapat meningkatkan lagi sahsiah dan kerohaniaqn dalam kalangan pelajar.

Selamat berkhidmat di SMASZAL. Semoga anda bahagia di sini!!.